K-400 Sistem Penulenan Air R.O

by iElken Zulfaka

RM5,810.00

BIO PURE K400 (dengan set penapis Pre-Filter)

Category:

Description

BIO PURE K400 WATER PURIFIER

Sistem Penulenan air Bio Pure dibina dengan teknologi Osmosis Songsang (R.O.) yang canggih, SATU-SATUNYA penyelesaian yang dapat menghasilkan air tulen sempurna. Dipuji sebagai mesin masa depan, Bio Pure® Siri K terbukti secara saintifik berupaya menyingkirkan bahan cemar sekecil 0.0001 mikron secara berkesan melalui proses penulenan 5 langkah.

Bio Pure ialah sistem R.O. pertama yang dianugerahkan perakuan Mohor Emas WQA-S300 di Asia. Ia dianugerahkan Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan Asia Pasifik yang berprestij selama 4 tahun berturut-turut.

Bio Pure® Siri K bukan sekadar menulenkan air, ia menjadikan air sempurna dan seharusnya menjadi sebahagian daripada keperluan kehidupan seharian. Direka bentuk secara ergonomik untuk fungsi, gaya dan kebersanan, Bio Pure® Siri K mempunyai reka bentuk canggih yang mendahului masa. Pemasangan garis-garis licin berkilat dan melengkung yang futuristik merupakan cantuman rekaan khas untuk memenuhi hasrat anda dengan pelbagai cara.

Bio Pure® Siri K, pilihan terbaik untuk air yang sempurna!

Sistem Penulenan

Bio Pure 5 peringkat – Sistem Penulenan Osmosis Songsang (R.O.) untuk menghasilkan air tulen sempurna (H2O).

Langkah 1 : Penapis Prasedimen
Menyingkirkan partikel kecil sehalus 5 mikronuntuk melanjutkan jangka hayat penapis dan membran.

Langkah 2 : Sediment Filter
Menapis bahan cemar zarah hingga 1 mikron

Langkah 3 : Prapenapis Karbon Teraktif Berbutir Organik
Menyingkirkan hampir kesemua bahan kimia organik.

Langkah 4 : Membran R.O.
Satu-satunya jenis membran di pasaran yang menyingkirkan bahan cemar yang tertinggal termasuk bakteria, virus, bahan cemar bukan organik berbahaya, logam berat dan ubat-ubatan sehingga 0.0001 mikron.

Langkah 5 : Pascapenapis Karbon Teraktif Berbutir Organik
Mengenyahkan bau dan memperenak rasa air.

Pensijilan / Anugerah

  1. Dianugerahkan Mohor Emas WQA S-300 yang pertama di Asia
  2. 2012 hingga 2015 – Dianugerahkan Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan Asia Pasifik untuk Strategi Barisan Produk di Pasaran Penapis Air
  3. 2012, 2013, 2015 – Dianugerahkan Anugerah Amalan Terbaik Frost & Sullivan Asia Pasifik untuk Kepimpinan Khidmat Pelanggan di Pasaran Penapis Air
  4. 2008-2010 – Dinamakan Jenama Dipercayai Reader’s Digest (Emas)
  5. 2008 – Pemenang Pingat di Pameran Reka Cipta Antarabangsa ke-36 di Geneva pada 2008
  6. Menggunakan ABS Bahan Gred Makanan Pematuhan FDA
  7. Diberikan Sijil Halal oleh JAKIM

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “K-400 Sistem Penulenan Air R.O”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

iElken Zulfaka

Memasarkan produk-produk kesihatan, kecantikan, barangan keperluan rumah dan barangan kegunaan harian.