Soalan-soalan lazim-FAQ

1. Bagaimanakah saya boleh membeli produk-produk di BISNESTEAM.com?

Anda boleh terus membelinya di SHOP atau Klik sahaja gambar produk yang terpapar di ‘frontpages’ dengan memilih kuantiti yang anda inginkan dan teruskan dengan membayar melalui akaun atas talian bank anda.

2. Bagaimanakah barangan yang telah saya tempah dihantar kepada saya?

Terdapat 2 jenis barangan yang berada di laman web BISNESTEAM.com.

a. Barangan yang disediakan oleh vendor.

b. Barangan yang disediakan oleh BISNESTEAM sendiri.

Barangan pula ada yang di dalam stok vendor dan ada juga yang perlu ditempah. Jika barangan berada dalam simpanan vendor atau BISNESTEAM, barangan tersebut akan diposkan dalam masa 48jam atau selewat-lewatnya 3 hari dan akan sampai ke tangan anda dalam masa 3 hari dari tarikh penghantaran. Manakala barangan yang tidak berada dalam simpanan BISNESTEAM atau vendor akan diposkan dalam masa 30 hari (ianya tertakluk kepada stok pembekal tersebut).

3. Bagaimanakah cara bayaran?

Anda boleh membayar dengan beberapa cara, pertama dengan memasukkan wang ke akaun kami secara manual (Deposit Tunai ATM) atau melalui FPX (billplz) iaitu secara atas talian atau kad kredit boleh dibayar melalui paypal. Manakala pembayaran secara COD hanya untuk barangan yang dalam simpanan BISNESTEAM dan vendor sahaja dan hanya di Lembah Klang sahaja. Pembayaran melalui cheque juga boleh dilakukan tetapi barangan hanya akan dihantar selepas cheque tersebut ditunaikan oleh pihak anda (clear). Pembayaran secara paypal juga diterima dan prosedurnya sama seperti cheque.

4. Berapa harikah waranti bagi setiap barangan yang saya beli di BISNESTEAM?

Waranti adalah bergantung kepada vendor dan pembekal BISNESTEAM. Setiap barangan yang rosak akibat kecuaian akan diganti atau dipulangkan dalam tempoh 30 hari (bergantung kepada terma dan syarat pembekal barangan). Barangan yang dalam keadaan baik tidak akan diganti atau tiada pemulangan wang. Sekiranya kerosakan disebabkan oleh penghantar (syarikat kurier), tidak akan diganti atau dipulangkan secara penuh (pihak BISNESTEAM akan membayar dalam jumlah tertentu sahaja (jika ada). Pihak pembeli perlu memulangkan semula barangan yang rosak kepada BISNESTEAM (kos penghantaran ditanggung oleh pihak pembeli).

 

Ads by WOW Trk