Khat adalah suatu seni.

Khat adalah suatu seni.
August 5, 2019 No Comments Am, artikel adminBISNESTEAM
Bagus juga kalau kau belajar jawi, kemudian belajar sekali Bahasa Arab. Buat bisnes dengan mereka. Tok Arab kaya-kaya, belanja puluh2 ribu bila melancong di Malaysia. Jadi apa masalahnya dengan tulisan tersebut?
 
Cuma berharap juga kalau sini ada akhbar arab ke, tapi koi tak reti bahasa arab. Kalau baris tu boleh lah, kalau takda baris memang faillah. Ekeke.
 
Budak sekolah kat selangor ni takda masalah sangat, sebabnya kat sekolah agama pun ada belajar arab, jawi dan khat sekali. Sekolah rendahpun dah ada belajar bahasa Arab. Anak pun lebih faham arab daripada bahasa Malaysia. Cuma koi je yang tak reti, sebab dulu tak ada belajar banyak bahasa arab bagai. Sekolah di pahang kebanyakan sekolah KAFA biasa sahaja, tidak seperti di selangor ni.
 
Kalau dulu, orang pahang panggil sekolah agama tu sekolah Arab. Tak ada salahnya belajar khat kerana chinese pun belajar kaligrafi cina untuk perkuatkan budaya mereka. Jadi orang kita juga perlu juga belajar benda yang sama iaitu khat. Kalau design dia cantik-cantik boleh je jual hingga puluh ribu.
Afnan Rosli
 
Salah seorang yang praktikkan tulisan khat ni ialah saudara Afnan Rosli yang juga bekas pelajar tahfiz. Jadi takda isu sebenarnya kerana khat itu tulisan dan bukannya k.h.a.t.a.n. Yang itu adalah potong. Hehe. Sekian
#khatsuatuseni #jawi #tulisanjawi #tulisanarab #bahasamelayu #bahasanusantara #tiadaisusebenarnya #khatlahbukankhatan #unicrestdestudio
Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page