You cannot copy content of this page

Solopreneur vs Entrepreneur vs Globalpreneur

Solopreneur vs Entrepreneur vs Globalpreneur
August 6, 2019 No Comments artikel, Perniagaan, Perniagaan Online adminBISNESTEAM

Emm..Solopreneur vs Entrepreneur vs Globalpreneur. Koi masih Sohopreneur je lagi. Erk! Begitulah jauh saya jika dibandingkan dengan sifu-sifu. Insaf jap!

Walaupun saya kenal ramai orang, namun tak semestinya saya boleh berjaya. Ramai di kalangan kita berjaya disebabkan orang disekeliling mereka, berbanding dengan faktor produk laris semata-mata. Saya banyak menjual produk-produk yang antara terlaris dipasaran. Tapi masih belum dapat mengatasi masalah tersebut.

Jadi faktor produk jatuh ke nombor berapa, kita tidak tahu. Ada orang dia jual satu produk, dia boom meletup dengan untung jutaan ringgit. Ada orang jual produk ke 10 pun belum pernah untung sebegitu banyak. Jadi faktor produk jatuh nombor selain angka 1.

Macam Thomas Edison jugalah, selepas 1000 kali percubaan baharulah dia dapat menghasilkan lampu yang terbaik. Agaknya saya mungkin lebih dari itu kot, baru boleh berjaya. Faktor kejayaan juga bergantung kepada faktor rajin, perancangan, pelanggan yang betul dan lain-lain juga. Kereta buatan jepun adalah antara yang terlaris di dunia, malangnya ianya bukanlah kereta yang kalau kemalangan ia jadi kereta kebal. Lamborghini juga terbakar di lebuhraya, walaupun ianya di antara kereta terpantas di dunia.

Istilah budak-budak kita, proton iswara aeroback tu adalah ‘kereta kebal’ kerana agak lasak. Walaupun kadangkala ianya rosak sana-sini, kekadang meter pun boleh pening. Haha.

Jadi mengapa ada orang boleh berjaya, dan mengapa sesetengahnya tidak? Ya..ianya adalah TINDAKAN atau Action dia tepat, kepada pelanggan yang tepat, masa yang tepat, dan akhirnya kerana produknya juga tepat.

Iaitu, dia mengiklankan produknya pada masa pelanggan tersebut sangat mahukan produk dia dan mereka ada wang yang secukupnya kerana gaji mereka masuk pada hari tersebut. Sekian.
#menjualkepadapelangganyangtepat #tipsmenjual #menjualpadamasaygbetul#faktorkejayaan #bisnesteam #unicrestdestudio

p.s: Kena praktis menulis walaupun satu artikel untuk satu hari. Lawati blog saya. Pautannya ada di ruangan komen di bawah.

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *