You cannot copy content of this page

Selamat mengerjakan haji buat makcik wan

Selamat mengerjakan haji buat makcik wan
August 8, 2019 No Comments Am, artikel adminBISNESTEAM

Night! Selamat mengerjakan haji buat makcik wan dan juga rakan2 mana yang pergi haji pada tahun ni. Semoga dipermudahkan urusan haji kalian.

Haji ni adalah salah satu daripada rukun islam yang lima. Hidup ni wajib pergi sekali je, lepas pada tu haji tu jadi sunat saja. Koi belumlah dapat pergi haji, kawan ada yang dah pergi haji. Wife pun dah pernah pergi sekali. Seronok juga dengar cerita mereka yang dah pergi ni. Kadang-kadang kalau pernah pergi banyak kali kau akan dengar kalau dulu masjidil haram tu macam mana, sekarang macam mana rupanya.

Kedudukan tandas, tangga, pintu dan sebagainya. Lagipula sekarang dah ada menara jam dan sebagainya. Masa arwah bapa (ayah penjaga saya) pergi dulu, dapat dengar cerita-cerita biasa sahaja. Tak banyak cerita pelik-pelik. Dan bila dan bercakap dengan ramai orang baru faham gambarannya macam mana.

Kita yang tak pernah pergi ni ternganga sahajalah bila dengar hotel 200m, 50m, dan sebagainya.Beruntunglah kalau pergi masa badan tengah sihat dan muda. Umur koi pun dah makin menghampiri 50an ni, bermacam-macam rasa pun ada, tetiba sakit badan sana sini. Itu belum pergi sana lagi, harap-harap kalau pergi sana tak adalah kena macam tuh. Kena kat sini pun dah terasa berat.

Paling mengerikan bila dia orang (mak dan ayah penjaga saya dulu) cerita bab kapal terbang (masa tuh setahu saya paling besar pun B747. Airbus tak tahulah, rasa masih belum masuk kamus otak saya. Tapi bila ada Air Asia barulah faham sebenarnya kapal terbang ada banyak jenama. Hahaha

Dalam dunia paling besar adalah Boeing, kemudian Airbus dan ketiga pula adalah Embraer. Boieng tu USA punya, Airbus tuh dari France dan Embraer pula dari Brazil. Enjin pesawat pula ada banyak juga, Boeing saja punya beberapa enjin contohnya GE (General Electric, Roll Royce, CRM dan sebagainya).

Eh! Melencong pula ceritanya. Kisah jurutera Airbus yang tinggal kat Hamburg dan naik kapal terbang atau train ke France semata-mata nak pi kerja. Haha. Err, jangan marah koi, sebab koi memang excited pasal kapal terbang, walaupun gayat kalau naik muka merah menyala. Haha.

Kadang-kadang fikir banyak perkara dalam satu masa, koi lebih selesa bercerita apa yang terlintas dengan spontan daripada ikut skrip bagai. Penat tengok drama melayu yang terlalu ikut skrip. Cerita macam tak logik, hilang kat menara Eiffel lah. Ada rumah kat oversealah dan sebagainya. Arwah boss dulu ada je rumah kat London sana, tapi dah terjual sebab satu peristiwa. Barang yang lepas janganlah dikenang. Bila dikenang merana badan bagailah bro.

Setakat ni dah pukul 12.54 pagi (tengah malam) dah pun. Mata baru segar sebab baru lepas telan kopi sedap. Idea tengah banyak, cuma terkenang kat arwah pakcik Halim je bila anakandanya post pasal makcik wan pergi sorang je hajinya. Koi terharu pun ada, sedih pun ada. Jadi koi doa sahaja banyak-banyak agar Allah permudahkan perjalanannya pergi dan balik haji.

Sekian.
#haji #kapalterbang #airbus #embraer #boeing #B747 #night #selamatmalam #salamhaji #selamatmenyambutharirayahaji#sekadarnukilan #unicrestdestudio

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *