You cannot copy content of this page

Tiada pergantungan kepada pekerja asing

Tiada pergantungan kepada pekerja asing
August 9, 2019 No Comments artikel, Perniagaan adminBISNESTEAM
Lepas ni payah dah, mamat-mamat aceh nak jadi tukang gunting kat sini. Koi tak dalah dengki pun dengan mereka. Sektor tukang-tukang gunting ni ada juga jenis profesional macam untuk rawatan rambut dan sebagainya.
 
Berbanding sektor tukang gunting lelaki, pusat-pusat rawatan khusus untuk rambut biasanya dikuasai oleh kaum perempuan. Antara jenama terkenal adalah Yun Nam. Suatu tika dulu pernahlah dapat kupon RM10 untuk rawatan rambut kat Yun Nam ni. Masa tu fikir nak hilangkan ubanlah kat rambut, selepas dilihat dengan ‘microskop’ maka barulah tahu kenapa ianya jadi begitu. Rupanya kilang-kilang rambut ni dah macam tak berfungsi dengan betul. Maka jadilah macam tu.
 
Selain perkhidmatan gunting rambut, kedai-kedai dobi juga tidak akan dibenarkan untuk mengambil perkerja asing. Keputusan ini memberikan isyarat bahawa Malaysia serius untuk meminimakan pergantungan kepada perkeja asing dalam subsektor. Namun demikian bagi beberapa sektor lain, pekerja asing seperti Nepal masih lagi dipertimbangkan untuk sektor sekuriti.
 
Tarikh akhir adalah pada 2021, bermakna hanya dalam masa 2 tahun sahaja dari sekarang. Bagus juga, sekurang-kurangnya anak-anak Malaysia boleh pergi ke sektor-sektor tersebut selepas menjalani latihan di pusat-pusat TVET di seluruh negara.
 
Selain daripada itu past sementara selama 6 bulan contoh boleh dipertimbangkan untuk pertanian seperti penanaman padi mengikut musim.
 
Mungkin ianya nampak remeh, namun kesannya akan menjadi lebih positif kepada rakyat Malaysia. Penat juga, hampir semua kedai di tempat koi ni adalah orang Aceh. Walaupun mereka takdalah membuat peel, tapi agak janggal juga kerana kedai-kedai Melayu kurang mendapat sambutan, kedai mamak pun tutup akibat kebanjuran kedai Aceh kat kawasan ni.
 
Kelmarin saja, satu kedai Aceh yang baharu, sudah beroperasi selepas siap (kedai baru je dibina tak sampai 3 minggu). Mereka bagus, bermasyarakat, cuma kadang-kadang kitalah yang agak janggal sahaja.
 
Teringat saya semasa kecil, rumah di hadapan rumah kami di kampung disewakan kepada pekerja Indonesia. Rasanya itulah pertama kali saya tahu tentang mereka, walaupun sebelum itu ada program pertukaran pelajar Universiti Malaysia dengan Universiti Indonesia (tak tahu yang mana satu. Saya cuma kenal abang Agus Salam sahaja masa tuh yang berasal dari Bandung Indonesia (Err.. kalau dia baca, mungkin dia kenal arwah pakcik Samad Chu iaitu ayah yang jaga saya sejak kecil).
 
Pekerja-pekerja Indonesia ni ada yang nakal dan ada juga yang baik. Sama je macam kita juga. Ada juga yang setiap hari mengalunkan bacaan Al-Quran. Ada juga yang suka berniaga. Masa tu, pokok sawit sudah melebihi satu ke setengah tiang lektrik.
 
Bapa-bapa di kampung selalu mengusik “Kalau kau tak sekolah maka nanti kau pegang pensil panjang” . Err jangan salah faham ye, itulah sebenarnya batang galah sabit kelapa sawit. Haha. Jadi bila kami mendengarnya semua kata tak mahu. Hihi.
 
Walaupun keluarga kami adalah daripada bidang pertanian kelapa sawit, namun ramai diantara mereka yang menjawat jawatan tinggi seperti Leftenan Udara (TUDM), doktor dan peguam. Jadi ada juga kesannya kepada anak-anak felda seperti kami. Sekian
 
#tidakberharapperkerjaasingdalamsubsektor #pemutihan #aceh #pejabatburuh #beritamalaysia #universitistudent #agussalam #terkenangsemasadulu #unicrestdestudio
 
http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1755275
Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *