Tun M pandu uji Proton Saga baru

Tun M pandu uji Proton Saga baru
August 20, 2019 No Comments Am, artikel, Perniagaan adminBISNESTEAM

Bagi peminat proton, pasti menanti model terbaru proton setiap kali ianya dilancarkan. Umum mengetahui bahawa syarikat ini terhasil daripada projek pengswastaan atau sekarang digelar (GLC). Kalau dahulu industri pemasangan kereta adalah sinonim dengan Bandaraya Shah Alam. Biasa zaman saya kanak-kanak dulu tahu dalam buku text ada tertulis bahawa kalau kilang pemasangan kereta terletak di Shah Alam.

Pada awal 80-an dulu saya pernah pergi ke Shah Alam yang ketika itu sedang rancak berkembang. Kalau dulu orang kita tak berapa kenal sangat Shah Alam ni, ramai lebih kenal Klang daripada Shah Alam. Sebabnya ramai tahu kalau pelabuhan semua ingat Klang. Shah Alam ni kira tempat baharu yang terletak antara Petaling Jaya dengan Klang.

Ramai kenal Uitm je daripada Shah Alam. Haha. Sebab kalau dulu pun tempat yang selalu ramai pergi adalah PKNS je. Tiada apa yang menarik masa tuh. Cuma pada akhir 80an dan awal 90an nama Shah Alam sinonim dengan industri perkilangan macam kilang elektronik. Kalau saya di jengka dulu, bila tanya kawan “Kau kerja kat mana?”. Maka dengan gahnya kawan saya akan menjawab “Kerja kat kilang Panasonic, Shah Alam”. Namun selepas tahun 2000 industri perkilangan seperti kilang-kilang elektronik ni berpindah ke luar negara seperti China dan Vietnam disebabkan kos pengeluaran yang meningkat.

Masa tu ramai kenal Shah Alam sebab ada litar Batu 3. Litar Batu 3 pun dah jadi kawasan perumahan. Bila proton mengeluarkan kereta pertamanya pada 1985, barulah nama Shah Alam ni melonjak naik serantau Asia sekurang-kurangnyalah. Seingat saya Malaysia ni dikenali bila adanya persidangan PATA, masa tu diadakan di PWTC. PWTC ni kira tempat yang diibaratkan macam PICC lah sekarang. Putrajaya pun masih belum ada lagi. Seingat saya, putrajaya ni mula diwar-warkan pada 1995-96 macam tuh. Master plannya pula memang cantik, namun agak lama untuk membangun seperti sekarang.

Kalau kau orang nak tahu, kawasan Putrajaya tu dulu saya tahu cuma estet kelapa sawit dengan Hotel Palm Garden saja. Jalannya pula sempit je. Puchong tu dulu semuanya estet dengan lombong saja. Kawasan perumahan pun cuma dibeberapa tempat saja. Samalah dengan jalan kelang lama tu dulu, sempit je. Saya pun kenal jalan kelang lama ni pada awal 2000. Nama-nama seperti Hicom Glenmarie, DRB Hicom dan Proton Holdings ni naik disebabkan samada kontroversi dan pelbagai peristiwa. Bila ingat proton ni kita akan bayangkan arwah Tan Sri Yahya Ahmad. Beliau adalah pengerusi kumpulan DRB-Hicom merangkap pemegang saham terbesar dalam Proton Holdings masa tuhlah.  Namun usaha beliau untuk menaikkan proton tidak kesampaian apabila beliau meninggal akibat kemalangan helikopter pada mac 1997. Al-fatihah buat allahyarham Tan Sri.

Saya ingat jika beliau masih hidup, kemungkinan proton tidak akan terjual sahamnya kepada Geely. Walaupun begitu, usaha kerjasama dengan pihak Geely berjaya menambah baik kereta proton dengan teknologi yang dibawanya. Cuma saya terkilan sahajalah, umpama lahir di Malaysia dan pihak lain yang punya. Err..jauh benar saya melencong. Kona baring kata orang. Haha.

Ok. Saga atau proton SAGA merupakan keluaran pertama proton atau Perusahaan Otomobil Nasional pada tahun 1985. Antara keluaran yang terkenal daripada siri Saga ni ialah Proton Knight, Iswara. Proton Saga juga ada 2 bentuk yang utama iaitu sedan dan juga aeroback. Namun beberapa tahun ini keluarannya tidak lagi berasaskan kepada 2 bentuk ini. Maksud saya sejak Proton SAGA BLM diperkenalkan pada tahun 2008.

Pada tahun ini proton sekali lagi memperkenalkan model SAGA 2019 dengan rekabentuk yang lebih menawan. Perubahan yang ketara adalah lampu dan bumper bahagian hadapan dan juga belakang. Banyak ciri-ciri yang dipertingkatkan seperti meter yang lebih baik (saga lama dulu selalu bermasalah bab ni) dan juga beberapa ciri keselamatan.

Ikuti video di bawah yang lebih menggambarkan proton SAGA baharu nih.

 

Bermula dengan harga RM32, 800, proton SAGA 2019 ini adalah kereta mampu milik bagi golongan yang baru bekerja atau berpendapatan RM3000 ke bawah. Ianya juga mempunyai versi auto dan auto premium. Anda boleh mendapatkannya daripada jurujual proton yang berdekatan. Sesuai untuk seisi keluarga yang samada sebagai hadiah kepada yang tersayang, ayah atau ibu.

Kuasa enjin yang dipertingkatkan iaitu enjin injection DOHC (Double Overhead Camshaft) 16 injap dengan VVT sama seperti IRIZ. Enjin 1300cc amatlah menjimatkan. Bermakna ianya merupakan pesaing kepada Perodua Bezza yang premium (1.3) dalam kategorinya. Kalau kau cerita macam tork dia dengan output maksima kira sama saja. Namun Bezza kalah daripada segi harga kerana Bezza premium harganya adalah dalam RM40,090. Wow! Jauh beza.

Baru-baru ini Tun Mahathir sendiri telahpun menguji pandu kereta proton Saga 2019 ini. Anda boleh lihat di video di bawah. Maaf kerana gambarnya kecil, jika mahu besarkan tukar sahaja kepada full screen. Hehe.

 

Proton melancarkan versi terkini Saga itu pada 6 Ogos lepas dalam tiga varian pada harga bermula RM32,800 seunit (Standard MT), RM35,800 (Standard AT) dan RM39,800 (Premium AT). Tun M dalam video itu diiringi Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Radzaif Mohamed. Turut memberi keterangan dalam video tersebut adalah Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail Haroon.

Nama Saga diilhamkan oleh Allahyarham Ismail Jaafar, seorang anggota tentera, ketika peraduan untuk menamakan kereta Proton yang pertama. Nama tersebut diambil daripada nama biji SAGA (Adenanthera pavonina) yang biasa ditemui di Malaysia. Sekian.

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page