Ulangtahun ke 50 Embraer disambut Meriah

Ulangtahun ke 50 Embraer disambut Meriah
August 21, 2019 No Comments artikel, Perniagaan adminBISNESTEAM

Kita sering dimomokkan dengan 2 gergasi penerbangan utama dunia iaitu Boeing dan juga Airbus tetapi tidak ramai yang kenal Embraer sebagai antara tempat paling atas senarai pengeluar kapal terbang utama.

Pada hari Isnin iaitu 19hb. Ogos 2019, Embraer telah menyambut ulangtahunnya yang ke 50. Peneraju penerbangan daripada Brazil ini seringkali menjadi ‘underdog’ berbanding Boeing dan Airbus.

Walaupun terdapat banyak lagi syarikat lain dalam industri ini, namun untuk industri penerbangan penumpang ketiga-tiga syarikat iaitu Boeing, Airbus dan Embraer meneraju kedudukan nombor 1 hingga 3 bagi kategori tersebut.

Pada 19hb. Ogos 1969, kerajaan Brazil telah menubuhkan Empresa Brasileira de Aeronáutica atau lebih dikenali sebagai Embraer. Embraer pada hari ini menghasilkan pesawat komersil, jet peribadi dan juga untuk ketenteraan.

Selepas hampir 5 tahun ianya ditubuhkan, pada tahun 1973 Embraer mula memperkenalkan pesawat buat pertama kali iaitu
EMB 110 Bandeirante.

Pesawat kecil dengan enjin twin-turboprop itu boleh membawa 15 ke 20 orang penumpang dan anak kapal. Prestasi Embraer melonjak naik apabila mengeluarkan model Embraer EMB  120 Brasilia dengan jarak perjalanan sehingga 1750km serta kapasiti 30 penumpang dan anak kapal pada tahun 1985.

 

Pada 1989 Embraer telah memperkenalkan
ERJ145 (ERJ standing for Embraer Regional Jet) di pertunjukan udara di Paris dengan kapasiti 50 tempat duduk sama seperti EMB 120. Antara lain Embraer juga mengeluarkan ERJ140 dan ERJ135 dengan 44 dan 37 tempat duduk.

Bagi menghadapi persaingan dalam industri penerbangan, Embraer mengekori Airbus dengan menghasilkan tempat duduk 72 tempat duduk bagi model E170 dan 116 tempat duduk untuk E195. Jarak perjalanan pula boleh mencapai sehingga 4,260km.

Untuk menghadapi cabaran masa depan yang lebih baik Embraer mengeluarkan pula pesawat penumpang dalam keluarga E2. Antaranya model E175-E2, E190-E2 dan E195-E2 masing-masing dengan 80, 96 dan 120 tempat duduk. Kemasan dalaman yang lebih menyerlah, kepak yang lebih panjang serta bentuk yang lebih aerodinamik memberikan persaingan yang lebih sengit dengan Airbus.

Namun demikian pada 2018,
di pertunjukkan udara Farnborough, selepas beberpa bulan spekulasi, Boeing dan Embraer mengumumkan bahawa pihak Boeing akan mengambil alih 80% daripada bahagian pengeluaran penerbangan komersil Embraer dan akan dikenali sebagai “Boeing Brasil-Commersial”.

Persetujuan dicapai pada Mei tahun ini 2019, apabila pihak Boeing membuat bayaran sebanyak USD$4.2 billion selepas hampir setahun pengumuman dibuat pada Ogos 2018 dengan Embraer hanya memiliki 20% saham. Ini bagi meningkatkan pengeluaran pesawat berkapasiti lebih 150 tempat duduk.

Embraer kini lebih menumpukan pengeluaran bagi pesawat peribadi eksekutif dan ketenteraan.

 

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page