You cannot copy content of this page

Benda yang kadang-kadang kita lupa lakukan

Benda yang kadang-kadang kita lupa lakukan
September 11, 2019 No Comments artikel, Perniagaan, Perniagaan Online adminBISNESTEAM
Bulan ni kecoh dengan Buy Muslim First. Ada buat cerita macam2, kata barang Ca Ya Nun Alif tak laku. Bukan semua produk tak laku, banyak barang lagi orang kita jarang ceburi bidang tuh. Contohnya kedai barang-barang hardware, kedai bekalan barangan pertanian, kedai elektrik, jarang sangat orang kita buka kedai macam ni.
 
Orang kita lebih bangga dengan Proton, Perodua, HICOM-DRB, RAPID, TELEKOM,TNB dan sebagainya. Tapi kita tengok sekarang, kampung2 Melayu penuh dengan kedai Acheh. Sini 98% kedai gunting dan kedai runcit adalah orang Acheh. Car wash lebih kepada india dan bangla je ramai. Kedai makan pula, ramai pekerjanya thailand, mamak jangan ceritalah..Madras mari. Haha.
Pelbagai Jenama Produk Muslim
 
Sebenarnya nak tolong orang kita tak semestinya boikot kaum lain, atau agama lain. Kau buka kedai2 kecil2 macam ni pun dah sepatutnya boleh membantu orang-orang kita yang tak cukup modal nak niaga. Persatuan Pengguna Islam ada, koperasi jangan ceritalah (banyak giler). Jadi kalau siapa ada duit banyak, jadilah crowdfunder kepada projek kecil2 ni.
 
Kalau ikut kadar kepuasan koi, cuma 30% kedai kat Lembah Klang ni orang kita yang punya. Pejabat banyak, tapi kebanyakannya sewa, kekadang sewa dengan ca ya nun alif juga. Tak boleh nak kata apa, rumah pun orang kita tak mampu nak beli. Tak payah pergi jauhlah, Kota Damansara tu pun harga rumah dia cecah RM300k paling komanlah orang kata.. Err bukan rumah ataslah, rumah teres biasa je tuh. Banglo bagai tu jangan ceritalah, kurang2 1 juta pada nialaian sekarang.
 
Orang kita sekarang lebih giler cari duit part time, jadi founder macam2 produk. Tapi produk harganya kekadang tak masuk akal juga. Tak boleh kata apa, modal kena banyak juga kadang2 kalau nak jual satu produk. Agen saja kekadang boleh cecah RM500 sekali beli. Beli kekadang kena tiap2 bulan. Belum cerita bab komisen lagi. Koi bukan orang kaya, koi orang biasa2 saja. Meniaga produk offline pun agar orang lain dapat merasa Bihun yang halal. Buat ubat gigi pun lagi hebat penangannya, keluar modal sikit je tapi belum masuk 6 bulan dah tanya berapa masuk. Haha.
 
Sedara koi bukan orang agama, cuma kadang2 kita kena selalu sedekah lebih banyak dari niaganya. Orang kata, jika niat kita ikhlas nak tolong orang, nak memudahkan urusan orang, dan kita tak berkira sangat. Rezki tu Allah lorong bagi jalan, selalunya tak disangka-sangka. Jadi jangan prasangka dengan keputusan yang kita dapat dan jangan prasangka kepada-NYA.
 
Komen yang baik-baik saja. Seperti yang koi kata tadi, koi orang biasa saja.Sekian. Wassalam.
#bmf #buymuslimfirst #apadehal #tolongsesamakita #koiorangbiasa #jangansombong #jangankedekutbanyakkansedekah #unicrestdestudio
Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *