You cannot copy content of this page

Jerebu dan kesan ke atas kesihatan

Jerebu dan kesan ke atas kesihatan
September 21, 2019 No Comments Am, artikel adminBISNESTEAM

Pagi ni macam biasa siap-siap nak hantar wife dan anak-anak. Sudah lebih seminggu keadaan melanda Semenanjung ni. Sabah dan Sarawak sudah lebih 2 minggu. Semalam seperti biasa ambil anak dari sekolah kebangsaan waktu petang. Sewaktu berborak dengan geng bapak (hehe), macam biasalah keluarlah cerita-cerita tentang macam-macam perkara. Hari tu, cerita pasal IPU menjadi topik hangat. Klang 200 lebihlah, dan cerita tentang IPU melebihi 1000 di Kalimantan.

IPU Selangor pada 20hb September 2019

 

Negara kita bukannya tidak pernah dikerumuni jerebu nih, seingat saya yang paling teruk adalah semasa Gunung Pinatubo di Filipina meletus dalam 1991. Kemudian dalam 1997, jerebu melanda juga seluruh negara sehingga topeng yang dipakai menjadi kehitaman. Batuk dan macam-macam lagi terjadi kepada hampir setiap orang jika tidak menggunakan topeng penapis udara. Antara lain kesannya juga boleh menyebabkan kegatalan kulit, bronkitis, asma, kanser paru-paru, kerosakan otak dan maut.

Bukan itu sahaja jerebu juga boleh meninggalkan kesan pemanasan di kawasan sekitarnya, akibat bahang panas tidak terlepas ke atmosfera. Ianya juga boleh menghalang cahaya matahari sampai kepada tumbuhan dan menjadikan proses fotosintesis daripada berlaku. Selain daripada itu gas-gas seperti gas rumah hijau, CFC, N2O dan CF4 juga menghalang haba daripada terlepas ke atmosfera juga.

Bagi langkah pencegahan kita boleh mengambil langkah seperti berikut:-

  • Elakkan menjalankan aktiviti di luar rumah.
  • Pakai penutup muka (seperti N95 atau P100) apabila keluar rumah.
  • Jangan merokok di dalam bangunan.
  • Basuh tangan dan muka selepas menjalankan aktiviti luar.
  • Banyakkan minum air.
  • Jika anda berkereta pasangkan penghawa dingin dan tukarkan mod kepada kitaran udara dalaman.

Bagi pesakit asma mereka sememangnya akan mengalami sesak nafas jika tidak memakai topeng penapis jerebu.  Saya pernah membeli penapis udara atau air purifier beberapa tahun yang lalu. Kita boleh juga menggunakan penapis jenis ini untuk menapi udara di dalam rumah atau ruang kecil.

Oleh yang demikian tidak kira hari biasa mahupun mereka sepatutnya memakainya seperti rutin akibat tidak ada rasa sensitif. Ada juga yang memberi petua bagaimana nak elak daripada bermasalah akibat jerebu, Antaranya minum air kelapa muda dengan limau atau lemon.

Jadi apapun cara untuk anda mengelak daripada jerebu pastinya dengan memakai penutup hidung/mulut. Sekian

 

 

 

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *