You cannot copy content of this page

Bila Harimau Malaya bersuara

Bila Harimau Malaya bersuara
September 29, 2019 No Comments Am, artikel, Politik adminBISNESTEAM

Minggu ini suara Malaysia berkumandang lagi di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Hampir 15 tahun suara yang sama tidak berbisik di sana. Kali ini ianya diluahkan dengan penuh tanggungjawab oleh seorang negarawan yang sentiasa di puji oleh sesiapa saja suatu ketika dahulu.

Tun M, namanya tidak asing lagi dikalangan penduduk antarabangsa. Suatu ketika Malaysia disanjung sebagai pejuang di arena antarabangsa. Kali ini Tun M tidak melepaskan peluang bersuara sekali lagi di dewan yang sama seperti mana beliau pernah bersuara satu ketika dahulu. “PBB tiada taring lagi” Katanya.

Ada benarnya mengapa beliau berkata begitu. Semuanya angkara Yahudi Zionis yang menakluk bumi Palestin sejak tahun 1973.

Tun Mahathir berucap di perhimpunan PBB di New York

Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin adalah satu yang tidak dapat diterima oleh mana-mana pihak secara majoritinya. Walaupun perkara ini sering dibangkitkan di banyak persidangan utama, namun akibat kuasa veto yang berada di pihak berkenaan telah menidakkan keadilan buat rakyat Palestin.

Untuk rekod lima negara yang memiliki kuasa veto tersebut melibatkan Perancis, China, Britain, Amerika Syarikat dan Rusia, yang merupakan negara yang mengakui kemenangan pada Perang Dunia Kedua. Walaupun secara dasarnya pihak Arab Saudi telah berkali-kali menentang pengiktirafan Amerika ke atas Israel dalam menduduki Bukit Golan, namun ianya tidak memberi kesan langsung terhadap Israel. Ini adalah kerana Israel tetap menempatkan tentera-tenteranya apabila umat Islam dan rakyat Palestin khususnya di Masjid Al-Aqsa.

Derita dan rintihan serta tangisan kanak-kanak, ibu dan bapa yang kehilangan keluarga semacam tidak diendahkan oleh pihak Israel dan sekutunya. Amerika menjadi boneka dalam menghuru-harakan keadaan di sana. Sekian.

 

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *