You cannot copy content of this page

BELLEZA-SATU SISTEM PENGHANTARAN TERKINI UNTUK PENIAGA MUSLIM

BELLEZA-SATU SISTEM PENGHANTARAN TERKINI UNTUK PENIAGA MUSLIM
October 3, 2019 No Comments Internet, Perniagaan, Perniagaan Online adminBISNESTEAM

BELLEZA-SATU SISTEM PENGHANTARAN TERKINI UNTUK PENIAGA MUSLIM

Dewasa kini penghantaran barangan seperti makanan dan runcit telah menjadi trend dengan wujudnya pelbagai apps dalam aplikasi IOS mahupun Android. Tidak da

Editor's Rating:
0

Dewasa kini penghantaran barangan seperti makanan dan runcit telah menjadi trend dengan wujudnya pelbagai apps dalam aplikasi IOS mahupun Android. Tidak dapat dinafikan ianya amat memudahkan urusan seharian seseorang mahupun syarikat atau kedai dan restoran dalam mendapatkan perkhidmatan secara penghantaran terus ke lokasi yang diminta.

Samada pengangkutan secara e-hailing mahupun makanan serta barangan  ianya menggunakan cara yang lebih kurang sama sahaja. Anda boleh menjadi seorang penghantar, samada pemandu kereta, motosikal atau lori sekalipun. Sejak dahulu lagi cara ini telah menjadi cara yang paling mudah untuk gerai-gerai dan restoran secara tradisional telah memudahkan para pekerja, surirumah, mahupun peniaga untuk menghantar barangan mereka secara terus dengan mengupah pekerja penghantar.

Cara ini juga digunakan oleh pihak MC Donalds, KFC dan Pizza Hut, yelah bezanya cuma jumlah komisen dan syarat sahaja. Anda boleh bekerja secara sambilan sahaja dengan mereka. Baru-baru ini kempen belian barangan muslim telah menjadi viral di media-media sosial samada wasap, facebook dan juga instagram. Bersempena dengan itu orang ramai telah mengambil inisiatif membeli daripada peniaga muslim dahulu sebelum memilih produk yang biasa dipasaran.

Untuk itu pihak Ofdast Network telah membuka peluang baru kepada mereka yang ingin mencari duit lebih melalui kerja-kerja penghantaran ini. Apps yang diberikan nama sebagai Belleza ini sudah mula di bangunkan sejak beberapa bulan yang lalu telah dilancarkan bermula 2hb. September 2019. Dengan slogan ‘Belleza Dibangunkan Untuk Peniaga Muslim’, ianya telahpun dimuat turun sebanyak 268 melalui aplikasi Apps Store dengan pengguna aktif seramai 212 pengguna telefon setakat artikel ini ditulis.

Jom ikuti kata-kata aluan daripada saudara Khairul Padli Abdul Rahim selaku empunya apps ini.


Sesiapa yang ingin memuat turun bolehlah terus klik pada link berikut https://bit.ly/2ozVFtk

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *