You cannot copy content of this page

Berniaga dan part time masa belajar

Berniaga dan part time masa belajar
October 5, 2019 No Comments Internet, Perniagaan, Perniagaan Online adminBISNESTEAM

Kadangkala terlalu banyak promosi, pelanggan sukar juga nak buat pilihan. Maklumlah, bukan semuanya murah dan bukan semua pelanggan ada wang besar.

Teringat zaman arwah Hani Mohsin dulu “Wang Besar..wang besar”. Tuan Ezaruddin Abd Rahman salah seorang peserta masih ingat tak? Cepat sungguh masa berlalu.

Gamenya sudah lain sekarang, dulu kalau nak search internet lepak je kat kafe siber. Sekarang bisnes kafe siber pun dah banyak tutup. Dulu masih ingat lagi kawan saya di Kolej Ke 5, UPM buka kafe siber. Mungkin Hasron Hassan masih ingat lagi. Kita pasang pc dekat 20 biji lebih, duit untung kongsi ramai2. Hehe

Seronoknya zaman belajar, sambil-sambil jadi cikgu komputer ajar wordstar, lotus 123. Mana nak dapat lagi zaman tuh, sekarang buka laptop je. Pernah sekali, tanya laptop zaman tu harganya RM4k sebiji dan saiznya kecil je.

Bila kerja, beli acer travelmate celeron dekat Court Mammoth, penat kena riba dengan depa. Haha. Mahal giler. Kalau ada rezeki, nak je sambung tapi masa sudah berlalu. Umur dah 40 siries ni otak dah berkarat nak fikir. Tapi kalau ada peluang sekali lagi, habislah kwsp koi. Haha

Zaman sekarang, nak search internet pakai phone pintar saja. Dulu masa belajar kat universiti, internet pun takda lagi. Nak print project paper koi pinjam arwah Mak Ngah punya. Sakit menaip. Haha. Masa final year guna komputer buat projek paper kat kelab komputer. Kadang-kadang pergi perpustakaan.

Zaman tu disket 3.5 inchi sangat popular, kira macam pendrive sekaranglah. Pernah jual disket juga, cari duit lebih dengan kawan-kawan. Kerja fotostat dengan jaga kedai runcit pun pernah juga. Masa student, banyak pengalaman dapat. Buat MLM, jangan ceritalah. Hulur borang, sign je. Hehe

Sekarang dah dekat 30 tahun berlalu, kalau ada terowong masa tentu saja koi mahu balik ke zaman tuh. Semua barang masih murah, minyak motor pun dalam RM1.20 ke RM1.40 je. Belanja makan pun murah je. Sehari tak sampai RM10 pun.

Sekarang jangan cerita, nasi lemak buh telur mata pun dah RM3.00 kadang-kdang sampai RM5. Pernah duduk Kota Bharu makan tengahari lauk ayam goreng nasi kukus pun baru RM2.50 je. Seronok duduk sana, tapi sebab arwah ayah angkat meninggal koi minta tukar balik ke Temerloh. Tapi dekat setahun juga. Seronok tengok orang jemur tembakau kat tepi sawah. Haha.

Banyak kenangan, 1st day survey meter jatuh kat koridor luka kaki. Masuk klinik, malang sungguh. Huhu. Tapi seronok naik motor lalu sawah padi. Masa tu, pakai Yamaha 100 sport je pun. Cukup nostalgia. Takda gambar kat sana. Terlupa koi nak ambil gambar. 😂😂😅😅

Ops lupa, tak lama lagi ada Enterwip 2019 katanya. Tentu meriah kalau ke sana. Boleh tanya PUIM kalau nak tahu lebih lanjut. Koi pun pening, minggu ni banyak giler promosi. Tuan Azizi Ali ada promosi, FB ads template dan lain2 yang koi tak ingat nama kempennya. Koi pun ada juga buat. Merajuk jap dengan FB ads nih, asyik nak suruh tambah budget je. Clicknya tak takda. Ambik kau, koi pause je lah.Bahasa melayu dipanggil JEDA. Err macam cerita Starwars pula bunyinya. Haha.😂😂
#terkenangsemasadulu #kenanganlama #upmserdang9296 #unicrestdestudio

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *