You cannot copy content of this page

Kehidupan bukan semuanya tentang duit

Kehidupan bukan semuanya tentang duit
October 9, 2019 No Comments artikel, Perniagaan adminBISNESTEAM

Kehidupan bukan semuanya tentang duit. Ya. Kehidupan bukan semata-mata pasal duit. Ianya berkenaan cara kita menghargai dan rasa ikhlas terhadap orang lain kerana dunia adalah sementara serta bagaimana kita berasa ketaqwaan kepada orang lain.

Dunia ini sudah menjalani satu perjalanan yang sangat panjang walaupun ianya hanya sementara kerana manusia itu dalam kerugian kecuali yang bertaqwa dan beramal soleh. Sikap kita terhadap orang lain bukan hanya dinilai dengan wang, tetapi juga tentang bagaimana kita memberi rasa keikhlasan kita terhadap masyarakat dan orang
sekeliling kita.

Contohnya apabila kita berniaga, kita diwajibkan membayar zakat selain cukai dan lesen perniagaan. Toleransi kita terhadap pelanggan kita, kejujuran serta tanggungjawab kita terhadap barangan yang kita jual. Ianya juga tentang kepercayaan atau trusted.

Bak kata perpatah, duit bukanlah segala-galanya. Walaupun kebanyakan kita memerlukannya, tetapi sekiranya kita tiada sifat di atas maka kehidupan ini akan menjadi huru-hara. Tiada orang yang sayang kepada kita, kita pula tidak memperdulikan orang lain, tak peduli tentang anak-anak kita, kawan-kawan kita dan sudah tidak memperdulikan orang tua kita itu menjadi sesuatu yang amat teruk.

Begitu juga keadaannya, sekiranya kita tidak dihargai oleh majikan kita maka tiadalah duit sebagai upah kita bekerja setiap bulan. Sama juga sekiranya pelanggan kita tidak mempercayai perniagaan kita. Maka tiadalah belian daripada hasil kepercayaan mereka terhadap kita.

 

Tiada apa yang menyeronokkan tentang kehidupan ini sekiranya kita tidak dihargai, diberikan kesempatan, tidak dipercayai ataupun tidak dipedulikan oleh masyarakat. Kita mungkin selesa buat sementara, namun ianya akan memberi kesan jangka panjang terhadap kita dan kerana itulah banduan sukar dipercayai. Allah Maha Bijaksana dalam menentukan apa yang terbaik untuk kita dan kerana itulah kita diberikan panduan untuk menjalani kehidupan ini dengan penuh bermakna. Sekian

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *