You cannot copy content of this page

5 Cara Jimat Duit-Pilihan ditangan anda

5 Cara Jimat Duit-Pilihan ditangan anda
October 18, 2019 No Comments Kewangan adminBISNESTEAM

5 Cara Jimat Duit-Pilihan ditangan anda

1. Makan di kedai atau di rumah?
Jika anda seorang, lebih baik makan di kedai sahaja dan selain anda begitu sibuk dengan tugas harian. Jika anda berkeluarga maka pilihan yang lebih baik adalah makan di rumah. Bukan sahaja makan di rumah itu lebih jimat tapi lebih mengeratkan hubungan kekeluargaan anda juga.

2. Beli kereta atau naik pengangkutan awam?
Jika anda seorang, adalah lebih baik naik kenderaan awam saja. Tapi yang lebih baik adalah berkongsi ke tempat kerja. Beli kereta boleh saja, tapi kos adalah sangat tinggi disebabkan harga minyak yang agak mahal dan banyaknya toll di lembah klang ni.

3. Beli supplements atau insuran?
Jika anda tiada keluarga yang ramai adalah lebih baik ambil supplement sahaja. Walaupun insuran adalah cara yang lebih baik, tetapi insuran tidak akan membayar anda wang jika sekadar ke klinik. Kadangkala kita akan menggunakan klinik panel tempat kerja kita sahaja.

4. Beli barang secara online atau pergi ke kedai?
Jika anda terlalu sibuk , adalah lebih baik anda membelinya melalui atas talian sahaja, sebabnya kadang-kadang bila sampai ke tempat nak beli barang keperluan tu, tiada tempat letak kereta pula. Pergi ke kedai yang hanya sekitar rumah atau tempat kerja kita sahaja.

5. Beli rumah dulu atau beli kereta dulu?
Secara amnya ianya adalah subjektif. Jika jumlah gaji anda setahun adalah sama dengan harga kereta, dibolehkan membelinya. Namun membeli kereta sebenarnya tidak akan membuatkan anda berduit. Tidak seperti anda membeli rumah, kemudian anda sewakan dengan harga sewa melebihi 80% daripada kos bayar kereta. Jadi anda sebenarnya membeli kereta anda dengan percuma sahaja.

Dapat sesuatu?
-Just Sharing Zulfaka Ali 18hb. OKT. 2019

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *