You cannot copy content of this page

Modal 50 sen jangan jual sampai RM1

Modal 50 sen jangan jual sampai RM1
October 21, 2019 No Comments artikel, Am, Kewangan adminBISNESTEAM

Modal 50 sen jangan jual sampai RM1

Salah tanggapan dan pemikiran tentang konsep rezeki

Dahulu saya pemikiran saya agak sempit tentang rezeki, zakat dan derma atau sedekah ni. Masa sekolah dulu hanya tahu belajar, belajar dan belajar sahaja.

Mentaliti orang dulu-dulu kebanyakan kena belajar pandai-pandai dan dapat pekerjaan yang bagus, bergaji besar (masa tulah) dan berpangkat besar. Kecuali isteri yang besarlah, hehe.

Masa sekolah pun ada je, ambil subjek Pengetahuan Agama Islam (masa tuhlah) masa SPM. Subjek pun tak banyak dan pakai agregate dan pangkat sahaja. Masa tu kebiasaannya kita guna pangkat 1,2,3 dan SAP sahaja. Takda CGPA bagai lagi. Masa masuk U baru guna, dan terasa kelam kabut sikit. Bagi mereka yang masuk asrama penuh, mereka dah biasa pakai dah GPA, CGPA ni.

Kehidupan dan perbelanjaan pun tak berapa besar sangat belanjanya. Kalau pergi sekolah biasa bawa 50sen je. Kalau zaman abang2, kakak saya dulu 10sen je. Itupun bawa telur ayam ke sekolah dan jualkan dapatlah bersen-sen. Bolehlah buat belanja makan. Selalunya saya biasanya dibekalkan makanan dari rumah je.

Rezeki masa tu tak banyak sumber, orang felda cuma potong buah sawit dan sudah cukup mewah (sebelum 1986 lah). Masa tu, ada yang buang je duit RM10 tu sebabnya gaji mereka dapat dalam RM3000 ke RM5000 sebulan dan lebih besar daripada gaji manager kadang-kadang. Cuma selepas tahun 1986 saja peneroka ni teruk sangat sampailah ke hari ini. Semuanya gara-gara kempen kerajaan USA memburuk-burukkan minyak sawit ni.

Modalnya mudah saja, dihasutnya pembeli kononnya, Malaysia cuma tahu tebang pokok hutan. Macam Tun Khalil pernah cakap dulu masa berucap kat peneroka tempat kami (masa tu Tun jadi Adun dan pejabatnya di tempat saya). “Malaysia tanam sawit, itukan pokok juga dan bukan buat bangunan” Lebih kuranglah, berbezalah pada masa sekarang estet-estet sudah bertukar kepada real estet (kawasan perumahan dan industri). Kawasan Subang dulu kebanyakannya estet sahaja, samalah dengan Bukit Jalil. Pada akhir-akhir 80-an dan awal 90-an ke 2000 kabanyakan sudah bertukar kepada kawasan industri, komersial dan perumahan.

Okay, panjang dah ceritanya pula. Berbalik tentang konsep rezeki tadi, masa masuk tandas masjid tadi ada paip ke pam tandas tu bocor. Maka terfikirlah sesuatu. Kalaulah aku ni seorang tukang paip, jadi sedialah peralatannya di dalam kereta dan apabila ada kes macam ni bolehlah saya membaikinya secara percuma.

Macam-macam benda kita boleh buat sebenarnya. Masa zaman-zaman panggung RTM dulu adalah satu cerita seorang cina yang berkawan dengan seorang budak melayu. Pasangan cina ni terjumpa budak melayu ni jatuh dan bawakannya ke rumah. Senang cerita budak melayu ni kira jadi anak angkat merekalah. Pasangan tersebut ada kilang roti dan selalu rugi.Satu hari mereka menceritakan masalah tersebut kepada budak melayu tadi. ” Kilang saya selalu rugi, macam mana saya boleh untung kalau macam ni.” Maka budak tuh memberi nasihat “Atuk saya cakap kalau jual barang modalnya 50sen maka jangan jual sampai RM1.” dan pada satu ketika lagi “Roti yang tidak habis boleh dibuat roti kering dan boleh dijual semula”.

Daripada cerita tersebut, terfikir akan penjual roti yang siang malam menjual roti mereka. Tiada salahnya kalau mereka membuat roti kering untuk roti yang belum habis dijual dan tinggalkan saja di masjid-masjid pada hari jumaat. Emm..banyak pulalah idea saya ni. Cuma kadang-kadang kepala ni kurang vitamin kot, tu yang melalut ke laut je ceritanya. Haha

Hari ni saya mengadap laptop ni sampailah pukul 11 lebih. Hantar wife tadi sebab bawa bihun Tayba ke pejabatnya. Ada rakannya yang order. Stok pula masih belum sampai, kedai pun dan bising sebab supplier pun tak dapat bihun halal ni lagi. Maklumlah penangan #bmf ni. Alhamdulillah. Sekian.

#modal50senjanganjuallebihrm1 #sekadarrenungan #terkenagsemasadulu #zamanpenerokaduludulu #modayblues #unicrestdestudio

p.s: Siapa nak belajar tentang online marketing bolehlah langgan IMlejen. Klik melalui link saya ye, bukan apa bolehlah buat belanja dapur je.  (link ada disediakan pada bahagian bawah (footer). Atau KLIK DI SINI

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *