You cannot copy content of this page

Orang berjaya sebab kuat kerja betulke?

Orang berjaya sebab kuat kerja betulke?
October 25, 2019 No Comments Perniagaan, artikel, Dropship, Kewangan, Motivasi, Perniagaan Online adminBISNESTEAM
Koi sekarang kalau kerja sampai lewat malam badan dah tak kuat macam dulu. Walaupun tak kerja berat, badan kita ni ada limit juga. Dulu masa muda-muda, pukul 3-4 pagi boleh je buka laptop buat kerja. Bila ingat je buka laptop dan buat saja.
 
Sekarang nak kerja lebih pukul 1, badan dah rasa berat. Walaupun tak tidur lama, badan akan rasa penat juga. Jadi programmer2, webmaster, graphic designer tak boleh nak buat apa kadang2 sebab kena kejar date. Tak siap client akan bising. Haha. Tak boleh buat apa.
 
Walaupun kerja2 dengan client dah tak banyak macam dulu. Kena cari juga alternatif lain. Belajar buat itu dan ini. Hidup ni biasalah kena ada backup juga. Tak tahulah kalau boleh claim itu dan ini dengan mudah.
 
Bila tengok mereka yang berjaya dapat anugerah itu dan ini, mula fikir mereka berjaya atas usaha mereka. Alif Syukri berjaya sebab dia ada passion, Das Abdul berjaya sebab ada satu kelainan. Ingat kalau saya, boleh berjaya ke macam dia. Dia percaya bahawa, jual bantal buat orang jadi kaya-raya.
 
Kalau nak ikutkan, kalau kita pergi Kuala Selangor banyak je bantal ada jual tepi jalan. Agak2 mereka ni boleh berjaya macam Das Abdul tak? Das Abdul dapat anugerah Superbrands tahun ni. V Asia pun sama, dapat Superbrands. Ada 28 jenama tempatan dapat Anugerah Superbrands tahun ni.
 
Saya masih belum berjaya seperti mereka. Kerja pun masih belum kuat. Banyak beza saya dengan mereka. Mereka berani ambil risiko, ada strategi, ada passion, ada misi, ada visi. Biasa orang macam mereka ada 2-3 tahun perancangan ke depan. Kalau nak jadi macam mereka kita kena ubah cara, pendekatan, misi, visi dan sebagainya.
 
Sukar nak bagi jawapan juga, cara dan disiplin kena berlainan. Lain macam juga. Mereka banyak cari ilmu, cari guru, cari coach. Kata ustaz jangan jadi golongan Kawarij, boleh digelar golongan syok sendiri (sendiri je rasa betulnya-orang lain semua salah). Err..ustaz cakaplah. Bukan sayalah, saya kalau tak betul saya cakap tak betullah juga. Takda saya cakap deme salah dan sekian orang tu salah atau betul semuanya.
 
Oklah, dah pukul 5 dah pun. Nak ambil orang rumah, karang merajuk pula kalau tak ambil. Haha. Sekian. Wasalam.
#kawarij #bezaorangberjaya #superbrands #dasabdul #vasia #siapalahdaku #melalutkelaut #unicrestdestudio

p.s: Kalau nak belajar IM boleh pm saya je. Tengah wusha video google ads manual. Memang berbaloi belinya. Kipidap!Dongibab!Walappo! Hehe😂
 
http://www.astroawani.com/berita-bisnes/28-jenama-tempatan-terima-anugerah-superbrands-malaysia-2019-220974
Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *