You cannot copy content of this page

Sebenarnya tak susah pun kau nak buat pahala

Sebenarnya tak susah pun kau nak buat pahala
October 27, 2019 No Comments Am adminBISNESTEAM
Sebenarnya tak susah pun kau nak buat pahala. Tengok 2 pemuda ni lakukan. Mereka cuma buka main hole, untuk lepaskan air banjir dari melimpahi jalan raya bagi mengelakkan banjir kilat.
 
Sekarang hujan kalau turun, macam kena curah je airnya. Alhamdulillah, sebab masih ada hujan. India ada kawasan yang dah setahun tak turun-turun hujannya. Gali telaga pun takda air. Takutnya kalau dah jadi macam tu. Hari ni berita sedih menyelubungi hiburan tanahair. Mereka dah jumpa jenazah Pitt Hanif setelah 2 hari mencari. Al-fatihah buatnya. Baru 2 minggu lepas jiran saya pun sama lemas kat Sungai Pahang.
 
Musim hujan ni janganlah bawa bot pergi memancing. Dah 2 kejadian berlaku tak sampai sebulan. Macam saya cakap semalam, bila musim hujan ni. Walaupun dekat hilir tak hujan lebat, tapi kat hulu hujannya mungkin dah lebat sebelumnya.
 
Setahun lebih yang lalu berlaku kejadian pemancing dihayutkan oleh air di Sungai Buloh. Sama sahaja kesnya, beza cuma mereka memancing di tebing sungai dan kepala air datang membadai dan beberapa orang telah dihanyutkan sehingga ke Paya Jaras. Mereka memancing di bawah jambatan Kem Sungai Buloh masa tuh.
 
Jadi tak kira di mana anda nak memancing, sungai bukanlah tempat untuk berseronok memancing di musim hujan sekarang. Kalau gian sangat, datanglah ke pusat memancing saja. Haha. Err..ikan besau2 juga kat sana. Sedia duit sajalah.
 
Saya bukan jenis orang yang suka memancing. Pernahlah ikut abang dan adik pergi memancing di pusat memancing. Tapi sejam lebih tu terasa cukup bosan. Betullah orang cakap kalau kau kaki pancing, kau memang orang yang penyabar. Kalau tak sabar, lupakan sahaja. Haha
 
Cuti ni, kami tak jalan-jalan pun sangat. Kira KL sahajalah. Tak pergi keluar radar. Asyik Sungai Buloh, Rawang saja. Nak kata bosan, memang bosanlah. Tapi takut juga petang-petang sekarang, jalan duta pun sudah naik air kalau hujan. Nak pergi dengar talk pun terasa malas. 😂 IM lejen pun belum habis khatam lagi ni. Banyak videonya. A to Z, ni pun belum masuk semuanya. Hari ni dah masuk bulan yang ketiga. Masih banyak benda nak kena belajar.

 
Sekarang tengah belek-belek pelan perniagaan. Ingat nak buka yang baru. Kalau jadilah, tak jadi saya jual sajalah kertas kerja ni. Saya buatkan paper work untuk mohon Tekun ke macam mana. Kekadang idea banyak, modal kurang. Bisnes konsultansi adalah pilihan terbaik. Cuma kena ada guide je r, kalau tak penat je buatnya. Bisnes tak jalan, naya juga. Sebab perniagaan ni, kau kena ada modal pusingan. Cuma konsultan saja yang tidak memerlukan modal yang banyak. Modal cuma idea, prosedur, nasihat dan teknikal saja. Kalau kena caranya, tak perlu pun keluar modal sampai puluh-puluh ribu.
 
Cuma saya kekadang hampa juga, sebab masih ramai yang suka buat skim. Minta elaklah skim cepat kayap ni. Kalau betul-betul nak tahu dia tipu ke tidak, cer minta statement bank dia atau buka sahaja maybank2u, cimb click ke. Suruh dia tunjuk betul ke dia dapat duit daripada MLM ke dan sebagainya. Kalau nak check MLM tu sah, bolehlah semak di KDNHEP ada lebih kurang 400+ syarikat MLM yang sah. Lesen dia saja paling kurang RM500k (Bumiputra), non-bumi dalam RM1juta. Tiada kompromi. Dah melalut ke laut pula perginya. Haha.
 
Jadi kesimpulannya, sentiasa buat benda baik yang boleh beri manfaat kepada orang lain, jangan masuk skim cepat kayap dan pergi naik bot dan memancing di sungai.
#pitthanif #jangannaikbotdanpergimemancing #musimhujan #buatbaikdapatpahala #skimcepatkaya #tekunnasional #apa2saja #unicrestdestudio #mysoho #bisnesteam
 
https://www.thevocket.com/netizen-puji-usaha-pemuda-ini-bantu-selesaikan-masalah-banjir-di-kuala-lumpur/?utm_medium=push&utm_source=onesignal&%20utm_content=push_notification
Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *