You cannot copy content of this page

Dunia freelancer dan cabaran dipenghujung zaman

Dunia freelancer dan cabaran dipenghujung zaman
November 11, 2019 No Comments artikel, Internet, Perniagaan, Perniagaan Online adminBISNESTEAM

Seminggu dua ni banyak produk digital yg offer dan kandungannya yg agak bagus. Cuma kosnya enggak cukup dong. Freelancer macam saya amat perlukan kerja2 kecil seperti membina laman web, name card dan sebagainya.

Hari ini saya letakkan contoh portfolio saya dalam website saya. Harap dapatlah sedikit kerja pada minggu2 yg mendatang. Modal sebelum ni banyak dilaburkan untuk produk fizikal yg lain. Ada yg jalan, ada yg tidak. Biasalah dunia bisnes ni, apa2 yg kau cuba belum tentu berjaya.

Saya lebih suka produk digital, modal kurang tapi pesaingan terlalu banyak. Biasalah ramai sangat yg buat part time. Budak2 kolej pun ramai buat part time. Facebook sudah jadi seperti rojak.

Jauh beza masa saya mula belajar dengan IK masa batch 1 dulu. Masa tu tak berapa ramai lagi yg buat part time. Dunia malaya ni berubah selepas 10 tahun FB di internet. Masa buat web dulu, saya pakai NVU je. Sekarang tak ramai tahu pun apa NVU tuh.

Masa tuh siapa guna nvu, komposer dan dreamweaver kira dah terrorlah. Haha. Sekarang ni, banyak buat pakai wp je. Senang dan murah. Bagi saya, saya lebih suka guna dreamweaver tapi sebab kos software agak tinggi juga. Nak kena maintain sales, agar dapat pulangan yg berbaloi.

Dalam dunia luar, ramai je im yg masih guna nvu dengan dreamweaver. Tapi kau kenalah terror bab msql bagai. Php, java, css tu kira dah taraf programer dah. Dah tua2 ni rasa nak pecah gak kepala kalau fikir pasal programing ni. Haha.

20 tahun dulu memang seronok buat database, kerja pun ada kaitan dengan sql server dan sebagainya. Dah lama tinggal dah bab server ni. Sekarang ramai pakai cloud jer. Senang tak pening kepala dah. Tak perlu belanja habis dekat RM30k nak setup server casing, bateri backup bagai.

Ada satu company yg member kerja, cuma tukar bateri server dan servis aircond sahaja kat Vads dan company2 besar yg ada server. Kekadang ada yg terbakar pun ada. Mereka datang dan setup semula bateri bagai.

Banyak programmer sekarang cuma big income kat syarikat besar2. Biasa mereka kena support sistem dan buat backup juga. Mungkin bank2, glc dan banyak lagi. Macam maxis juga. Ada yg berkerja jadi konsultan saja, terima jobs dari rumah dan merata alam menjalankan kerjanya. Rezeki masing2lah, ada bahagian bagi setiap mereka yg berusaha. Doa sahajalah jangan lupa. Apa yg baik hanya dari-Nya, yg tak baik itu datang dari kita sendiri.

Teknologi akan sentiasa berubah, tapi tu lah sudah berada dipenghujung zaman. Kat sana nanti dah takda dah nak pecah kepala bagai nak cari duit lagi. Ada untung duduk terima imbuhan saja, kalau nakal dan tak ikut rules kira kena pangganglah jawabnya. Minta dijauhkanlah.

Al-fatihah buat mak abah, abang ngah, dan semua keluarga yg telah pergi. Semoga berbahagia di sana. Tiada yg lebih indah selain kenangan bersama mereka. Sekian.
#duniafreelancer #akhirzaman #rezekidigital #duniatanpasempadan #unicrestdestudio

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *