Bilalah nak habis PKP ni? Adeh! Tak raya deen tahun nih. Haha

Bilalah nak habis PKP ni? Adeh! Tak raya deen tahun nih. Haha
April 15, 2020 No Comments Am, Kesihatan, PKP, Uncategorized adminBISNESTEAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Masa PKP begini koi tak dapat nak buat kerja selancar seperti biasa. Bab printing yang menjadi masalah. Bukan apa kerana mereka terpaksa mengurang pekerja dan skop printing pun cuma untuk essential team.

Jadi buat sementara ni, koi design sahajalah dulu dan bila dah habis PKP nanti barulah koi print. Begitulah kejadiannya. Masuk fasa ketiga PKP malam ni, jumlah yang sudah kalah sudah mencecah 82 orang dengan pertambahan kawasan PKPD yang baru iaitu Jalan Masjid India di KL. Covid 19 ni merebak dengan terlalu cepat. Dalam masa tidak sampai 5 bulan , jumlah sudah mencecah 1 juta lebih positif dengan kematian melebihi H1N1 dan SARS.

Kalau ikut trend pada masa sekarang, tiada tanda-tanda ianya akan berhenti buat masa ini. Ini adalah kerana masih adanya kes baru di Seremban dan Sendayan. Terlalu banyak kluster, namun dengan kluster paling besar sudah berkurangan. Walaupun sub-klusternya masih ada pertambahan. Bagi saya yang cukup merisaukan adalah kluster Sendayan kerana ianya melibat satu organisasi yang agak besar. Silapnya mungkin ramai sudah tahu, kerana mengadakan perhimpunan dan menguruskan sendiri jenazah positif covid 19. Tidak boleh nak kata apa, saya pun tergamam apabila kisah ini diceritakan. Tidak pasti ianya benar atau tidak, tetapi jumlah positif di Seremban sahaja semalam adalah hampir 40 orang.

Cuma berita yang bagusnya, graf masih lagi mendatar. Apa pun ianya bergantung kepada PKP ke 3 yang bermula hari ini (15hb.April 2020). Err.. koi taip dari pukul 9.40 malam tadi sampai sekarangpun belum habis lagi ni. Haha. Sedar-sedar dah pukul 12 malam. Pihak keselamatan mengatakan bahawa kali ini kalau kena tahan kau akan terus ke mahkamah dan diremanlah maknanya. Aduhai! Kadang-kadang koi pun hairan dengan mereka yang seolah-olah tidak mengendahkan arahan kerajaan untuk duduk diam-diam kat rumah.

Selagi tiada ubat dan vaksin maka kes positif bagi mana-mana negara pun tidak akan dianggap berhenti. Ianya akan menjadi sejarah buat selamanya, bahawa pada ketika ini adalah bulan-bulan atau tahun wabak corona virus ni bermaharajalela. Walaupun ada beberapa ubat yang telah digunakan sejak hari pertama covid 19 ni sampai ke Malaysia, ianya bukanlah ubat khusus bagi menghapuskan wabak covid 19 ni. Maka dengan kata lain doktor cuma kan cuma tambah atau kurang ubat tersebut dengan istilah yang KPK KKM cakap digunakan cuma sebagai ubat “off label”.  Jadi kalau digunakan ke atas pesakit, kalau ianya serasi maka doktor akan teruskan.

Jika ianya tidak serasi, maka akan terjadinya kesan sampingan seperti ketidaktentuan degupan jantung dan pelbagai jenis komplikasi berdasarkan jenis penyakit yang ada pada diri pesakit. Atau dengan kata lain kalau tak serasi ianya mungkin boleh mendatangkan bahaya. Tak perlulah koi cakap benda tu. Harap doktor-doktor kat Malaysia ni lebih faham kerja mereka, jadi tak perlulah mempertikaikan usaha mereka membendung virus ni.

Mungkin mereka lebih pakar dalam bidang tersebut daripada kita. Cuma konsepnya antibodi akan melawan penyakit dan bukannya ubat yang melawan penyakit tersebut. Maka dengan kata lain, kita kenalah meningkatkan tahap imunisasi di dalam badan kita. Walaupun kau positif, tetapi jika antibodi kita kuat maka tiada kesan seperti MILD tersebut.

Kalau diikutkan kata pakar, covid 19 ni ada 5 tahap. Daripada tiada gejala sehinggalah SARI dengan kata lain sampai pesakit tu tak boleh bernafas dengan sendiri. Mujurlah Malaysia ni tidaklah mundur seperti sesetengah negara lain. Orang Malaysia boleh je buat PPE dan sedekah ke Frontliner. Ada yg buat ventilator pakai 3d printer je. Wow! Dulu masa tengok CSI, macam tak percaya sebenarnya 3D printer tu wujud. Budak-budak kita boleh je buat pemegang pelindung keselamatan atau google tuh. Jadi KKM tidaklah terasa sangat stok cepat habis dengan adanya mereka ni.

Koi rasa lepas ni boleh je kita print macam hiasan dinding 3D. Hehe. Oklah dah tengah malam koi taip artikel ni.  Apa pun kau orang mesti duduk di rumah dan akhirnya kita boleh buat kerja seperti sebelum-sebelum ni. Tapi koi rasa mungkin dalam 2 tahun kot, kalau kita ikut UK punya standardlah. Peace! Sekian.

Tags
About The Author

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You cannot copy content of this page